PERMIT VAN SEKOLAH
Perniagaan adalah amat dituntut dalam Islam. Oleh itu bidang perniagaan yang saya ceburi selepas tamat perkhidmatan sebagai tentera darat di PUSASDA ialah pemandu van sekolah. Van sekolah ni berpermit bukan van haram. Nak komen sikit la kat pemandu-pemandu van haram ni, kalau boleh segeralah memohon permit dari Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) agar penumpang yang kita bawa ni terjamin selamat dan dilindungi. Disebabkan van haram terlalu banyak beroperasi, mengurangkan pendapatan van berpermit. Dengan kos Puspakom 2 kali setahun, minyak dan penyelengaraan lain. Kalau nak buat... buat dengan cara yang betul ya...
Di sini saya nak berkongsi info bagi sesiapa yang ingin memohon permit van sekolah. Semoga dengan maklumat ini dapat membantu para usahawan baru untuk memohon permit van sekolah. Cara- caranya:
- Pastikan anda telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
- Boleh download borang permohonan secara online. Klik http://www.spad.gov.my/sites/default/files/permohonanbaharu-bas_0.pdf
- Isi borang dengan lengkap.
- Hantar terus ke pejabat SPAD yang berhampiran.
assalamualaikum...encik..sy berminar utk bawa van sekolah yg ada permit..jadi selepas hantar borang kpd spad..kena tggu pengesahan dlm brape..dpt yang di buat lagi slepas tue..terima kasih
ReplyDelete